https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Wanita Berjubah Akhirnya Tewas Kepada Mat Negro...???

loading...



###   Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor.....

###   Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah.....

###   Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini.....

###   Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam....

###   Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Rozi.....

###   Suhaili berbadan sasa selain berusia 20 tahun lebih muda daripada Rozi. Dia juga sering sembahyang berjemaah di surau yang sama.....

***  Lama-kelamaan perwatakan sopan santun lelaki benua Afrika ini membuatkan hati Rozi terpaut....   **

***   Sepupu Rozi, yang merupakan ahli jawatankuasa surau terbabit turut berkawan baik dengan Suhaili....   **

###   Selepas tiga bulan mengenali antara satu sama lain akhirnya mereka dijodohkan dalam satu majlis pernikahan ringkas di surau itu pada pertengahan tahun lepas....

***   Majlis perkahwinan itu diaturkan oleh sepupunya bersama ahli kariah surau yang lain....   **

###  Rozi menyangka kehidupannya serba lengkap setelah mempunyai keluarga sendiri tetapi itu hanya permulaan noktah hitam dalam kehidupannya....

                             Belang sebenar


$$$   “Semuanya ternyata indah semasa awal perkahwinan. Dia seorang yang mengambil berat....

$$$   “Dia gemar memasak selain mahir menyediakan masakan Melayu. Semua itu membuatkan saya bersyukur dapat berkahwin dengannya,” tutur Rozi....

                               Dua bulan selepas itu, Rozi disahkan mengandung....


$$$   “Saya dan Suhaili cukup gembira. Walaupun usia saya sudah lanjut ia tidak menghalang kami memperoleh anak sulung....

$$$   “Dia tidak membenarkan saya membuat kerja-kerja berat di rumah bahkan sering memasakkan makanan kegemaran saya,” ujarnya....  ***

###   Bagaimanapun, menurut Rozi, sebaik sahaja anak sulung mereka selamat dilahirkan suaminya menunjukkan bibit-bibit perubahan......

###   Suhaili kerap keluar malam dan kadangkala tidak balik ke rumah selama berhari-hari dengan alasan berjumpa rakan-rakannya......

$$$   “Sebenarnya saya tidak kisah walaupun sepanjang mendirikan rumah tangga saya yang menanggung perbelanjaan rumah.... Saya faham dia cuma pekerja kontrak, berapa sangatlah gajinya.....

$$$   “Malah, saya selalu memberinya wang selain membenarkan dia menggunakan kereta Perodua Myvi saya.....   Tetapi perbuatannya yang tidak pulang ke rumah mencurigakan saya....

###   Setelah lama bersabar dengan sikap suaminya akhirnya mereka bertengkar pada awal Mac lalu....

###    Suhaili yang selama ini seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kekerasan terhadap isterinya bertindak sebaliknya......

$$$   “Saya sering ditampar dan ditendang... Saya pernah membuat laporan polis tetapi salinan aduan itu disimpan Suhaili....  Dia mengugut supaya saya tidak memberitahu peristiwa itu kepada sesiapa....

$$$   “Katanya saya akan dipukul dengan lebih teruk lagi jika mendedahkan perihal rumah tangga kami kepada orang lain,” ujarnya....

###   Selepas kejadian itu, Suhaili semakin jarang berada di rumah. Pernah sehingga berminggu-minggu dia meninggalkan si isteri....

***   Sekiranya pulang sekali pun dia cuma ingin meminta wang daripada Rozi.....

                               Kahwin lain


$$$   Kebenaran akhirnya terserlah juga tidak lama kemudian.... Rozi menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Fauziah yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan Suhaili....

$$$   Lebih mengejutkan Rozi, Fauziah mendakwa berkahwin dengan suami Rozi itu di Thailand bagi menutup malu kerana dia sedang mengandung anak luar nikah Suhaili....

$$$   Menurut Fauziah, Suhaili mengaku kepadanya yang dia telah beristeri tetapi memburuk-burukkan Rozi dengan menuduh wanita itu tidak menjaganya dengan baik....

###   “Saya terkejut. Tidak lama selepas itu Suhaili pulang ke rumah tetapi dia tidak menafikan dakwaan Fauziah itu.....

###   “Saya meminta cerai daripadanya tetapi dia enggan, kecuali saya memberikan kereta kepadanya dan wang sebanyak RM20,000 yang tentu sekali tidak akan saya berikan,” cerita Rozi.....

$$$   Kerana tidak mahu terus makan hati, Rozi berpakat dengan beberapa ahli kariah surau untuk bersemuka dengan suaminya itu bagi menerangkan kesalahan yang dilakukannya.....

###   Akhirnya pada awal Mei lalu semasa suaminya pulang untuk meminta wang, sepupu dan beberapa orang ahli kariah surau datang ke rumah Rozi......

$$$   “Setelah penjelasan diberikan, Suhaili bersetuju untuk menceraikan saya dengan talak satu selain memulangkan kembali kereta yang digunakannya......

###   “Saya memang sedih peristiwa ini berlaku ketika umur saya semakin lanjut.... Sebelum ini banyak kes melibatkan warga Afrika menipu gadis Melayu tetapi kali ini lelaki seperti itu cuma alim-alim kucing atau berpura-pura baik,.....


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml