https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Akhirnya Terjawab Selepas Disoal Siasat Akhirnya Terbongkar Kenapa Pemandu Wanita Myvi Diseret 30meter Dan Lori Enggan Berhenti! Memang Melampau

loading...
Akhirnya Terjawab Selepas Disoal Siasat Akhirnya Terbongkar Kenapa Pemandu Wanita Myvi Diseret 30meter Dan Lori Enggan Berhenti! Memang Melampau

KUALA LUMPUR: Rakaman menunjukkan sebuah lori menyeret sebuah kereta yang tersangkut di hadapannya selepas dipercayai terbabit dalam satu kemalangan, mula tersebar semalam, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai punca kejadian itu. Susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan tadi, memberitahu ia adalah kemalangan membabitkan sebuah lori dan Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 18 tahun di susur keluar Air Panas, 

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini, semalam. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan JSPT Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud, berkata dalam kemalangan kira-kira jam 12.55 tengah hari itu, kedua-dua kenderaan itu bergerak di laluan sebelah kiri sekali lebuh raya terbabit untuk masuk ke susur keluar Air Panas sebelum kereta berkenaan cuba memotong lori itu dari sebelah kiri. 

"Ketika sedang memotong, laluan terbabit semakin mengecil yang mana hanya boleh dilalui sebuah kenderaan saja menyebabkan berlaku pergeseran antara dua kenderaan itu. "Impak pergeseran menyebabkan Myvi terbabit berpusing dalam keadaan melintang di hadapan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun menyebabkan ia terus diseret oleh lori terbabit sepanjang kira-kira 30 meter di laluan susur keluar berkenaan," katanya. 

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kereta terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Katanya lagi, lori terbabit juga akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan brek dan pemandunya kini ditahan bagi membantu siasatan. Video berdurasi 45 saat yang dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal itu menunjukkan saat-saat Myvi berkenaan diseret tanpa tanda-tanda pemandu lori terbabit mahu memberhentikan lorinya sehinggalah orang ramai membunyikan hon beberapa kali memintanya berbuat demikian.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml