https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Inilah Wajah Sebenar Pembunuh Kejam TETAK 6 Kali Sampai Mati Di Kuala TERENGGANU..Bukan Calang-calang Orang

loading...
Inilah Wajah Sebenar Pembunuh Kejam  TETAK 6 Kali  Sampai Mati Di Kuala TERENGGANU..Bukan Calang-calang Orang

KUALA TERENGGANU : Kejadian tetak dan tikam berlaku diperkarangan tempat letak kereta(parking) Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.

Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Kampung Baloh Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan suspek.

Menurut Asisten Komisioner Wan Aziz Wan Hamzah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri berkata, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan suspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.

Suspek 29 tahun yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa sebanyak 6 kali di sini.

Punca dikatakan perbalahan mengenai status suspek adalah suami orang dan telah berkahwin menyebabkan mangsa pergi ke Pejabat Agama Kuala Terengganu untuk memeriksa kesahihan perkara tersebut.


Kemudian berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa dalam bilik kaunseling selepas didapati suspek sudah beristeri dua.

Mangsa bersama adik perempuan bersiap untuk pulang ke parking kereta tetapi diekori oleh suspek dan berlaku pergelutan sehingga mangsa ditetak di bahagian tengkuk.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan suspek bersenjatakan sebilah parang.

Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut sehingga selesai.

Selain itu pihak Polis telah menjalankan OPP TUTUP bagi mengesan suspek dan disertakan dengan gambar kereta serta gambar yang disiarkan menerusi beberapa lamam media ketika ini.

Suspek yang menaiki kereta honda civic merah bernombor pendaftaran QMD 6252 telah melarikan diri dan orang ramai dapat memberi kerjasama untuk mengesan suspek serta melaporkan di balai polis yang berdekatan.

Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasata dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml