https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

SAYU.. BERITA SEDIH BUAT PEMINAT BELLA DALLY BARU BEBERAPA BULAN KAHWIN AKHIRNYA BELLA TERPAKSA AKUR DENGAN KETENTUAN..JODOH TAK LAMA DENGAN...INSTRAGAM BELIAU

loading...
SAYU.. BERITA SEDIH BUAT PEMINAT BELLA DALLY BARU BEBERAPA BULAN KAHWIN AKHIRNYA BELLA TERPAKSA AKUR DENGAN KETENTUAN..JODOH TAK LAMA DENGAN...INSTRAGAM BELIAU

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Dally terkilan atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menggodam akaun media sosial Instagram miliknya sehingga ia terpadam secara mengejut. 

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, berkata kehilangan akaun Instagram itu dimaklumkan kepadanya oleh Suami, Nazim Othman jam 3 pagi ini. 

"Saya sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang menggodam akaun Instagram saya yang mempunyai hampir 300,000 pengikut. "Bukan mudah untuk saya mengumpul pengikut, sekali gus ia berperanan untuk menghubungkan saya dengan peminat," katanya kepada BH Online. 

Bella berkata, sebagai artis media sosial adalah medium terbaik bagi memuatkan hasil kerja dan karya sepanjang dalam bidang seni. "Saya begitu terkilan kerana semua gambar memberikan makna tersendiri dan ia hilang begitu saja. "Saya menerima emel daripada Instagram pada sebelah petang meminta supaya saya menukar kata laluan. 

Pada sebelah malam saya mendapat satu lagi emel untuk mengesahkan kata laluan itu kerana ada cubaan untuk mendaftar masuk dengan emel saya. "Yang peliknya saya dibenarkan untuk menggunakan akaun nama yang sama seperti akaun yang terpadam itu. Namun, saya memilih untuk bersikap positif dengan perkara ini," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Bella berkongsi drama bersiri lakonannya berjudul Akulah Balqis sedang bersiaran di slot Akasia untuk saluran TV3. Drama arahan Erma Fatima itu turut menampilkan Nazim, Nabila Huda dan Puteri Balqis selaku teraju utama. 

Selain itu, Bella juga turut menjayakan drama bersiri slot Samarinda berjudul Surah Buat Maisarah yang diterajui oleh Syatilla Melvin dan Shukri Yahaya. Tambah Bella, filem Desolasi lakonannya bakal berada di pawagam pada tahun depan dan ia kemunculan sulungnya di layar perak.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml