https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

5 Perkahwinan Termahal Di Malaysia ,17 Perkahwinan Paling Glamour Dan Paling Mengejutkan Malaysia!

loading...
Penuh ekstravaganza serta meriah dengan perhiasan dan kehadiran tetamu kehormat, majlis perkahwinan yang tersenarai ini bukan seperti biasa sebaliknya antara termahal di dunia! Baca lanjut perkahwinan pasangan mana yang tersenarai

Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada “wedding of the year” yang melibatkan selebriti mahupun orang kenamaan.

Jom lihat 5 Majlis Perkahwinan Paling Mahal Di Malaysia!
PERKAHWINAN TERMAHAL DI MALAYSIA

1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin


Pasti ramai yang ingat lagi dengan tajaan perkahwinan bernilai RM13 juta ini. Pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2013, dan digelar sebagai “perkahwinan paling mewah” pada tahun tersebut.

Penajaan perkahwinan termasuk barang kemas bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.

Selain daripada itu, Rozita juga menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.

2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee


Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.

Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.

Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

3. Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa


Penyatuan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), juga tersenarai sebagai perkahwinan paling mahal di Malaysia.

Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 itu, mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga menerima mas kahwin sebanyak RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Pasangan ini menafikan kenyataan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.

Pasangan ini juga menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka.

4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin


Majlis perkahwinan personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin, juga pernah menjadi buah mulut di dalam industri hiburan tempatan.

Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh selebriti terkemuka dan juga orang kenamaan.

Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.

Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.

5. Serina Redzuawan dan Gavin O’Luanaigh


Perkahwinan anak kepada chef terkenal, Chef Wan, Serina bersama pasangannya Gavin O’Luanaigh boleh dikatakan antara salah satu perkahwinan yang paling mahal di Malaysia.

Acara perkahwinan tersebut telah ditayangkan di AFC (Astro – Saluran 703). Walaupun kebanyakkan komponen dalam perkahwinan ini telah ditaja termasuk tiara dan gaun petang Serina yang dianggarkan RM15,000, pasangan ini dijangka telah membelanjakan sehingga RM20,000 di studio fotografi, Kudegraphy.

Semasa upacara akad nikah, O’Luanaigh dilaporkan telah menyerahkan hadiah perkahwinan bernilai RM1,000 dan mas kahwin RM30,000 sebelum menyarungkan cincin di jari Serina.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml