https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Abah Hanya Kerja Kilang Untuk Besarkan Saya, Luahan Pilu Aliff Syukri Buat Warganet Menitis Airmata

loading...
Bapa kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kamarzaman meninggal dunia lewat petang semalam akibat sera ngan jantung dan paru-paru berair.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Aliff meluahkan perasaan sebak kerana arwah merupakan ‘tulang belakang’ sehingga membuatkan beliau berjaya menjadi pengasas empayar D’Herbs yang terkenal di Malaysia.

Menurut Aliff, bapanya juga sering menjadi tempat mengadu masalah ketika susah dan senang, kasih sayang serta sokongan yang tidak akan dilupakan.





allah shaja tahu perasaan sy ketika ini.. sy seakaan tak .. Tak percaya abah x ada lagi…11tahun lps sy niaga pasar dia dtg teman tiap minggu…..abah lah org kuat sy yg mendengar segala masalah sy selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun…abah2 jgn tinggalkan kri2.. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri x sempat nak balas budi abah…….tangan abah yg berjasa mencari rezeki besarkan saya…dgn kerja kilang,pengawal keselamatan sbb kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas…..

. . .

Saya nak jemput kepada semua sahabat2 di ig….kiranya sudi datang utk sama2 solat jenazah esok di di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor esok jam 10.00 pagi sy akan disana…..mudahan kehadiran anda dapat bersama2 solat dan mendoakan buat arwah abah saya…tenang… dan plz kongsikan kpd mereka yg berhampiran di sana..sy terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah sy (mak dan abah saya bercerai)

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. Saya seakan tak percaya abah tak ada lagi… 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman tiap minggu…

“Abah lah orang kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini. Bila saya buat D’Herbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun.

“Abah jangan tinggalkan Kri. Abah lah tempat Kri mengadu susah senang. Kri tak sempat nak balas budi abah. Tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya.

“..dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab Kri sampai hari ni… Kasih sayang abah, sokongan abah Kri tak terbalas,” tulisnya.

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah atas kehilangan bapanya yang tercinta itu.

Salam takziah…





loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml