https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Aduhh..Nak Gelak Ke tak?? Akibat Tersalah Pilih Pusat Rawatan Kecantikan Serta Terpengaruh Dengan Harga Yang Ditawarkan!!..wanita ini terpaksa menanggung malu seumur hidupnya!

loading...

 Apabila berbicara berkenaan dengan rawatan kecantikan, kita seringkali dimomokkan dengan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan harga yang kadang-kala tidak masuk akal murahnya! Akibat daripada terpengaruh, wanita Thailand, Kanyarat Chaichan, 26, terpaksa menanggung derita akibat malu dan kecewa.

Rupa wajahnya yang pada mulanya kelihatan cantik akhirnya menjadi mimpi ngeri setiap wanita di dunia kerana hasil tatu kening yang dilakukannya di pusat rawatan kecantikan tidak bertauliah mirip sekali bentuk lintah. Pastinya, ini bukanlah bentuk kening yang Kanyarat mahukan!

Lihat sahaja rupa wajah Kanyarat sebelum dia melakukan tatu kening yang diharapkan bakal membuat dia kelihatan lebih cantik dan sempurna…







 Malangya, apa yang diharapkan tidak kesampaian. Dia malah mengalami kerugian!

Kasihan, kening tatunya kelihatan jauh lebih tebal berbanding bentuk kening asalnya…




 Namun, tanpa disangka-sangka, kisah malang Kanyarat yang tular ini telah mendapat perhatian seorang pakar terapi kecantikan dan pelukis tatu, Vilailak Nan Sundatom. Lebih menggembirakan, Vilailak sudi membetulkan semula tatu kening Kanyarat dengan rawatan yang bernilai 50,000 baht (lebih kurang RM6,194.00) dengan percuma!

Insan yang mulia ternyata masih wujud!

Kanyarat perlu menunggu selama enam bulan selepas menerima rawatan pembetulan tatu keningnya pada 21 Mac yang lalu…


 Kanyarat pastinya sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan bentuk keningnya yang asal seperti ini…

Kanyarat boleh dikira bertuah kerana menjumpai insan yang pemurah seperti Vilailak. Proses yang digunakan untuk membetulkan semula tatu kening Kanyarat melibatkan microblading dan juga penggunaan laser untuk membuang tatu.

Vilailak turut sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berfikir panjang dalam membuat keputusan untuk membuat tatu di tubuh badan mereka.

Hal ini adalah kerana tatu merupakan suatu tanda yang kekal dan anda pastinya tidak mahu ianya kelihatan buruk dan memalukan.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml