https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Amar Baharin Minta Orang Ramai Doakan Isterinya.. Amyra Rosli DiKejarkan Ke Hospital Selepas Mengadu Sakit Teruk..

loading...
PELAKON popular Amyra Rosli dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court selepas mengadu sakit perut pada pagi Selasa.

Suaminya iaitu Amar Baharin, 34, berkata, Amyra berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pemeriksaan pihak hospital.

“Pagi tadi saya bawa ke hospital selepas dia mengadu rasa tidak sedap perut.

“Sekarang masih menunggu keputusan pemeriksaan yang dijalankan pagi tadi. InsyaAllah doakan semuanya baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Amyra memuat naik foto dia kini menjalani rawatan di sebuah hospital sehingga mengundang pertanyaan peminatnya.

Rata-rata mendoakan wanita itu cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Ditanya sama ada pelakon drama Nur itu hamil, Amar menafikan perkara berkenaan.

“Tidak, sakit perut yang dialami itu bukan sebab hamil. Kami masih menunggu keputusan daripada doktor,” ujarnya.

Amyra berkahwin dengan Amar pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Tunjuk Kebolehan Memasak, Peminat Puji Amyra Rosli Pandai Jaga Tekak Suami

Selepas melangsungkan perkahwinan pada 11 November lalu, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin terus menjadi perhatian peminat.

Ramai yang memuji kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin baru ini dan mendoakan agar hubungan merpati dua sejoli ini bahagia ke akhir hayat.

Terbaru, menerusi kemaskini laman sosial Instagram milik Amyra, pelakon drama bersiri Cik Bunga Encik Sombong ini menyerlahkan kebolehannya memasak.

Memasak tiga jenis resipi iaitu ikan siakap masak stim, sambal terung dan bergedil daging, ramai peminat memuji kehebatan Amyra ‘bersilat’ di dapur.

Ramai pengikut laman Instagram Amyra meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen. Malah ada di antara peminat yang mahu Amyra menghantarkan makanan di rumah mereka.

Di samping itu, ada juga peminat yang memuji Amyra pandai menjaga tekak dan perut suami tersayang.

loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml