https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Bella Astillah Halau Aliff Aziz Keluar Rumah?

loading...
  Selepas dakwaan yang Aliff Aziz keluar berhibur di kelab hiburan bersama pelakon Oktovia Manrose, pelbagai kenyataan keluar dari pelakon wanita itu namun semuanya sudah dipadam dari akaun Instagram beliau.

Oktovia Manrose menafikan yang beliau keluar berdua sahaja dengan Aliff Aziz ke kelab hiburan tersebut selain mereka berdua turut ditemani rakan rakan lain untuk mengelakkan fitnah sebegini.

Pelakon itu juga menafikan yang dirinya masuk ketika berada dalam kelab hiburan itu bersama Aliff Aziz dan meminta Bella Astillah untuk menyiarkan video sebagai bukti dirinya dalam keadaan mab-uk.

 Dalam kenyataan balas itu juga, Oktovia Manrose mempersoalkan status Bella Astillah sebagai seorang isteri sehingga sanggup menghalau suaminya keluar dari rumah ekorang kontroversi yang sedang melanda kini.

“Apalah nasib suami yang cuba untuk berubah namun tetap dipersalahkan dengan benda yang tidak betul — siap pack baju suami dan halau suami. Isteri jenis apa ni?” tulis Oktovia Manrose.

Nampaknya Oktovia Manrose menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bella Astillah tentang hubungan bersama suaminya. Ramai masih menunggu kenyataan dari Aliff Aziz sendiri berkaitan kontroversi ini.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml