https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Che Ta Kata Perempuan Suka Yang Tahan Lama, Betoi Ka?

loading...
Aduhai… kapsyen pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan atau lebih sinonim dipanggil Che Ta di Instagram memang tak pernah tak jadi isu.

Menulis kapsyen seakan-akan ada maksud tersirat, kata Che Ta perempuan suka yang ‘tahan lama.’

Tetapi, janganlah buat telahan terlalu awal kerana apa yang dimaksudkan pelakon Kak Marr ini bukanlah dalam sisi yang negatif.

“PEREMPUAN SUKA YG “TAHAN LAMA”….

“Tahan lama laa seronok.. Maksudnya ada kualiti.. “BARANG BAIK” bak kate orang.. Confirm lah tak carik lain dah kalau dpt yg tahan lama ni.. Mesti dok cari yg sama ja.. So laki2.. Kalau nk bagi “hadiah” yg plg best utk pasangan uolls.. Tolong lah bg yg tahan lama..

“Jap jap.. Uolls fikir pasai apa ni?,” tulisnya.





Jelas isteri kepada Zain Saidin ini, ‘tahan lama’ yang dimaksudkan adalah kualiti sesuatu barangan yang dibeli.

Bijak sungguh Che Ta bermain dengan kata-kata sehingga membuatkan netizen terpedaya jika hanya membaca sekilas pandang.

Sebab itu kita kena rajin membaca. Jangan hanya baca tajuk dan terus buat kesimpulan, tak gitu?

Kenapa tak tanya depan-depan? – Che Ta

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pelik bagaimana gosip rumah tangganya dengan Zain Saidin berantakan timbul sedangkan hubungan mereka okay.

Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu, kekecohan yang tercetus sejak akhir-akhir ini seolah-olah menunjukkan masyarakat lebih arif dalam soal rumah tangganya.

“Pelik dengan cerita yang timbul ini. Kenapa orang yang bercerita itu tak mahu sampaikan terus kepada saya? Tanya saya depan-depan.

“Sejujurnya rumah tangga kami okay… Tiada masalah. Setakat pasang surut dalam hidup berumah tangga itu, biasalah,” katanya kepada BH Online.

Sejak beberapa minggu lalu tersebar gosip kononnya rumah tangga Che Ta dan Zain dilanda badai. Antara khabar angin tersebar termasuk Che Ta didakwa sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah, namun ia ditarik balik.

Mengulas lanjut, Che Ta berkata, dakwaan kononnya dia menuntut cerai adalah tidak benar.

“Soal naik Mahkamah Syariah itu tak benar… Saya terkejut dengan cerita ini. Maklumat itu tak betul sama sekali,” katanya.

Di sebalik kekecohan yang timbul, Che Ta dan Zain meraikan ulang tahun perkahwinan yang kelima, semalam.

Che Ta berkongsi foto eksklusif bersama suami yang dirakam jurugambar profesional dari Blackpepperproduction di laman Instagram.

Foto itu antara lain memaparkan mereka mengenakan busana ala perkahwinan dengan keterangan yang mencuit hati netizen.

“Orang cakap, kalau nak tahu suami itu bahagia atau tidak, tengoklah saiz dia sebelum dan selepas berkahwin. Kiranya dengan tubuh badan Zain sekarang, dia bahagialah gamaknya… Dulu size XS, sekarang M.

“Tapi tak mengapa, saiz bukan ukuran… Apabila hati sudah terpaut. Selamat ulang tahun kelima perkahwinan buat kita. Saya sayang awak sangat,” kongsinya.

Dalam perkongsian itu, Che Ta turut mengimbas memori perkenalan mereka.

“Tiga tahun bercinta, lima tahun jadi suami.. Harap Zain tak jemu nak tenung muka saya hari-hari. Sementara tak ‘qemot’ (kedut) lagi.

“Saya jadi (menang) Miss Malaysia Intercontinental 1992, masa itu, Zain baru darjah dua. Jadi, kalau yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pula menangis tepi bucu katil.

“Mungkin jodoh kamu semua itu sedang membesar,” selorohnya

loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml