https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Dah masuk usia 40-an, Fazley Yaakob hanya mahu 'dating' solat di masjid berbeza

loading...







Bila usia semakin lanjut, ada sesetengah individu mengambil pendekatan diri dan kesempatan bagi mengumpul pahala untuk bekalan di hari akhirat.

Bagi cef selebriti Datuk Fazley Yaakob, beliau mempunyai azam apabila memasuki usia 40 tahun iaitu mengerjakan solat subuh di masjid yang berbeza pada setiap hari.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, beliau yang bakal menginjak usia 41 tahun pada April ini turut berterima kasih kepada isteri, Datin Azrene Ahmad kerana sudi menemani dirinya ke masjid.




“Salah satu azam saya bila dah masuk 40 tahun ialah solat subuh di masjid yang berbeza setiap hari, terima kasih @azrene_ahmad sebab sudi teman abang!

“Saya masuk 41 dah, adik sayang (isteri) saya ni baru nak masuk 40 tahun Ogos nanti,” tulis Fazley yang memanggil isterinya dengan panggilan ‘adik sayang’.







Posting tersebut mendapat pelbagai komen positif netizen dimana ramai yang mengucapkan syukur atas kesungguhan pasangan itu bagi mendapat tempat di Jannah kelak.













Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 November 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Alayna Selma.








loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml