https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Gadis Cantik Ini Kantoikan Perbualan 'Nakal' Syazwan Zulkifly Di Instagram, Pesan Wanita Diluar Sana Agar Lebih Berhati-Hati..

loading...
 Dalam paparan skrin yang dimuatnaik daripada perbualan bersama pelakon itu, wanita itu seolah-olah kesal dengan sikap yang tidak menghormati golongan wanita.

Difahamkan Syazwan menerusi perbualan itu bertanyakan saiz coli yang dipakai oleh wanita itu hingga mengundang rasa kurang selesa.

"I don’t know what can i say dgn artis malaysia skrg ni but pls resepect women out there you’re public figure @syazwanzulkifly.

"For girls out there please jaga diri. Remind for myself too," tulis wanita berkenaan.



Bagaimanapun, posting itu mendapat respon daripada pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu.

"This is not about respect. I'm playin with your game daaa," balasnya menerusi Instastories malam tadi.



Tidak terus berdiam diri. Ini pula jawapan gadis berkenaan.

"Playing game? I really don't know whats game is it lol! And please behave!




"Only who know me je yang tahu I jenis macam mana.

"And pada siapa cakap I fitnah, melayan or buka aib sama sekali tidak. I want remind for girl supaya berhati-hati and care about value yourself!" tambahnya.



Spekulasi antara Syazwan dan gadis itu menjadi semakin hangat di Twitter apabila ada pihak yang bertindak menyebarkan perbualan tersebut.



 Biodata Syazwan Zulkifly, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda



Biodata
Nama penuh: Mohd Syazwan bin Zulkifly

Nama popular: Syazwan Zulkifli

Tarikh lahir: 20 Mei 1987

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @syazwanzulkifly

Fakta Menarik
1. Nama panggilannya 'Kepeng'.

2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Dendam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil dan Juan.

9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

10. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama pelakon Nabila Huda pada 2013. Malang menimpanya sekali lagi apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah pada Mei 2017 ketika dalam perjalanan ke set penggambaran drama Sehangat Cinta Antasha.

11. Gara-gara dikatakan pernah memukul bekas kekasih, pengacara Shenty Feliziana, beliau dianggap seorang yang panas baran, sedangkan Syazwan menyifatkan dirinya seorang yang pendiam dan sukar untuk marah.



loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml