https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Ibu Durjana Ini Dedahkan Kenapa Dia Tergamak Suntik Cecair Peluntur Ke Bayinya Yang Berusia 18 Bulan

loading...

TURKI: Seorang wanita warganegara Turki tergamak menyuntik bayinya yang berusia 18 bulan dengan cecair peluntur dengan alasan dia ‘tidak sayangkan anaknya”.

Wanita yang dikenali sebagai Elif K. itu telah dipenjara selepas beliau mengaku menyuntik cecair peluntur dan cecair sabun ke dalam badan anaknya, Eylul Miray.

Malah, dia juga mengelar bayi perempuannya itu kerana tidak ada rasa sayang dan belas kasihan ke atas bayi kecil berkenaan.

Berita itu telah mencetuskan kontroversi di bandar Istanbul, Turki kerana sebelum ini dia didakwa pernah disiasat dan dibebaskan oleh pihak polis sebanyak dua kali setelah berjaya meyakinkan polis bahawa dia tidak bersalah.


Wanita yang dikenali sebagai Elif K. itu telah dipenjara selepas dia mengaku menyuntik cecair peluntur dan cecair sabun ke dalam badan anaknya, Eylul Miray. Foto – Tribunnews.com

Wanita itu ditahan buat kali ketiga selepas anak perempuannya itu dimasukkan ke hospital akibat penderaan.
Beliau bagaimana pun, mengaku telah mendera bayinya itu sejak umur sebulan lagi.

“Saya tidak boleh menyayangi anak saya, saya tidak boleh bagi kasih sayang kepadanya, jadi saya mengambil keputusan untuk menyiksanya,”

“Sejak Eylul berusia sebulan, saya telah menyuntiknya dengan cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga serta pusatnya sehingga dia mula mengalami pendarahan.

“Kemudian saya membawa dia ke hospital untuk menerima rawatan. Apabila mereka membenarkan dia pulang ke rumah, saya kembali menyiksanya. Saya juag pernah mengelar kepala, mata, kaki, tangan dan dadanya,” kata Elif.

Elif, yang tinggal bersama suaminya Eray K. bersama tiga lagi anaknya di daerah Avcilar, Istanbul, mula menimbulkan syak wasangk selepas bayi perempuannya itu sering sakit.

Bapanya sering membawa anaknya ke hospital namun, doktor tidak dapat mengenal pasti sakit yang dialami anaknya itu.

Apabila keadaannya semakin parah, bayi berusia sembilan bulan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Fakulti Perubatan Universiti Istanbul.

Doktor mendapati tengkorak bayi itu retak, serta calar dan lebam di seluruh tubuhnya.

Keadaan itu membuatkan doktor mula curiga dan menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Apabila keadaan semakin mencurigakan, Elif menyerahkan dirinya di balai polis serta mengaku bersalah dengan menyatakan dia mula sedar melakukan kesilapan tersebut.

Bagaimanapun, Elif akhirnya menyerah diri selepas anaknya dimasukkan ke hospital untuk kali ketiga dan mengaku telah melakukan penderaan itu sejak mangsa berusia sebulan.

“Saya tak ada perasaan sayang kepada dia dan ambil keputusan untuk menderanya. “Sejak dia berusia sebulan, saya menyuntik cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung dan pusat sehingga berdarah.

“Kemudian saya bawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila mereka benarkan dia dibawa pulang ke rumah, saya kembali menderanya. Saya menyuntiknya lagi dengan cecair peluntur dan sabun, mencederakan kepala, mata, kaki, tangan dan dadanya dengan pisau pencukur.
“Apabila dia berada di hospital, saya suntik cecair sabun ke dalam salur darahnya dan saya juga suntik cecair peluntur ke salur darahnya,” katanya kepada pendakwa raya. Elif yang tinggal bersama suami, Eray K, serta tiga orang anak mereka, mula berasa curiga apabila anak bongsunya itu sering sakit.

Eray membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan doktor selepas dia mula mengalami pendarahan di telinga dan pusat, serta lebam di seluruh badan. Namun doktor tidak dapat mengesan masalah yang berlaku pada mangsa.

Apabila keadaan Eylul semakin merosot,  dia dikejarkan ke hospital. Selepas diperiksa, tempurung kepalanya retak, calar dan lebam di seluruh badan menimbulkan kecurigaan doktor yang lalu memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Elif kemudian ditahan dan disoal siasat, tetapi dibebaskan selepas dia berjaya menyakinkan polis bahawa dia tidak bersalah.

Kesihatan Eylul bertambah teruk dan sekali lagi dimasukkan ke hospital Ogos tahun lalu. Elif ditahan semula dan dibebaskan tidak beberapa lama kemudian.
Apabila mangsa dimasukkan ke hospital buat kali ketiga, doktor tidak membenarkan Elif bertemu dengan anaknya yang sudah mula pulih.

Memandangkan ramai yang sudah mula curiga dengannya, Elif akhirnya menyerah diri di balai polis dan mengaku mendera anaknya. Mahkamah mendapati Elif bersalah kerana mendera bayinya dan hukuman terhadapnya akan diputuskan tidak lama lagi.

Eylul kini dijaga oleh bapanya dan difahamkan kesihatannya semakin bertambah baik berbanding sebelum ini.

Elif dihadapkan ke mahkamah dimana dia didapati bersalah kerana mendera bayi perempuannya dan dihantar ke penjara namun hukumannya masih di dalam proses perbincangan



loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml