https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

JanganLah Suruh Saya Terus Bertudung Selepas Baru Sahaja Menunaikan Umrah

loading...
Baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa hari lalu, Ifa Raziah meminta agar netizen tidak memberinya tekanan untuk terus segera berubah.

Bagi Ifa, memakai hijab merupakan urusannya dengan Tuhan.

Saya belum lagi bertudung penuh. Saya harap netizen tidak cepat menghukum sebab penghijrahan ini satu perkara yang besar. Saya tahu menutup aurat adala satu tuntutan yang wajib. Namun banyak benda yang perlu saya fikirkan.

Ia perlu datang dari hati dan bukan memenuhi permintaan sesiapa. Hidayah ini milik Allah dan doakan yang baik supaya urusan ke arah itu dipermudahkan.
Saya percaya setiap ber-laku pasti bersebab dan sudah tertulis.

Dalam masa yang sama, Ifa juga berharap agar netizen memberikannya masa agar dapat berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak memandang serong kepada wanita yang tidak bertudung sebagai seorang yang jahat.

    Berhijrah me-mang mudah, tetapi untuk sentiasa istiqamah itu agak sukar. Jadi saya mohon diberikan masa untuk berubah secara perlahan. Janganlah pandang orang belum bertudung ini sebagai individu yang jahat, katanya.

Menutup aurat itu satu kewajipan buat orang Islam, tapi tidak mengapalah jika Ifa mahu mengambil langkah perlahan untuk berhijrah.

Asalkan pen-ghijrahan itu kekal dan mendapat keredhaanNya. (rtky/w)



Sebelum Ini Ifa Raziah telah mengerjakan Umrah bersama keluarganya.
Selepas Dua Kali Tertangguh, Urusan Umrah Ifa Raziah Dipermudahkan
Selebriti serba boleh, Ifa Raziah bersyukur kerana urusannya untuk mengerjakan ibadah Umrah dipermudahkan.

Sedang ber ada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah, Ifa berkongsi pengalaman mengendalikan urusan Umrah sebelum terbang ke Tanah Suci.

Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga dijemput untuk me-nunaikan ibadah Umrah. Insya-Allah, saya berada di Madinah selama empat hari dan selebihnya akan berada di Makkah.


Sebenarnya, saya memang sudah dua kali berhasrat untuk ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, tetapi tak jadi. Mung-kin belum tiba masanya, kata Ifa yang dihubungi Gempak sebelum mengerjakan Umrah.

Terbang pada 4 Februari lalu, Ifa menyifatkan peluang ini sebagai rezeki untuk dirinya dan keluarga.

Pemergian untuk mengerjakan Umrah kali ini memang tak dirancang sama sekali. Ba-lik daripada bercuti di Eropah bersama keluarga hujung tahun lalu, saya rasa terpanggil untuk ke Tanah Suci.

Mungkin ini rezeki saya untuk tahun ini, mengerjakan ibadah bersama suami dan anak. Akhirnya, ia dimakbulkan Allah. Perasaan saya sangat gembira kerana semua urusan dipermudahkan.

Semuanya berjalan lancar. Ibaratnya, malam ini saya terdetik nak ke sana, esok saya nyatakan hasrat kepada suami, suami pun setuju. Terus pada malamnya, ada Ustaz datang ke rumah kami untuk mengajar cara mengerjakan Umrah.

Urusan visa juga dipermudahkan. Alhamdulillah, jika sebelum ini ada halangan, kali ini semuanya baik-baik sahaja, kata Ifa.

Ifa menunaikan Umrah bersama suami, Mohd Yani serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili dan bakal berada di Tanah Suci selama 12 hari.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml