https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

“Kami keluar hanya sebagai kawan, tidak lebih dari itu” - Oktovia Manrose jawab tuduhan curang dengan Aliff Aziz..

loading...
PELAKON Oktovia Manrose tampil menyangkal dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan aktor itu.

Oktovia berkata, tuduhan dia berkunjung ke sebuah kelab malam bersama Aliff juga tidak berasas kerana mereka bukan berdua-duaan sebaliknya ditemani rakan lain.

"Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkan difitnah.

"Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka. Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami," katanya di Instagram.





Terdahulu, Bella menerusi laman sosialnya mendedahkan Aliff sekali lagi berkelakuan curang terhadapnya apabila mendakwa aktor itu mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon baharu.

Bella memberitahu, suaminya itu mula mengenali pelakon itu ketika bergandingan dalam sebuah telefilem berjudul Cinta Paling Indah untuk siaran RTM.

Dalam pada itu, Oktovia juga meminta Bella mengemukakan bukti mendakwa mereka berada dalam keadaan ma-buk ketika berhibur di kelab malam itu.

Jelasnya, dia tidak pernah menyentuh atau minum sebarang alkohol dan tuduhan itu menjejaskan nama baik bapanya penyanyi dangdut terkenal era 1990-an, Iwan.



"Apa bukti yang mengatakan saya ma-buk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang.

"Kepada Bella Astillah, saya tak suka you kecoh tunjuk orang yang saya ma-buk teruk tanpa bukti, tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain pergi sikit pun saya tak peduli," ujarnya.

Pada 2017, Aliff pernah menggemparkan dunia hiburan apabila 'kantoi' sedang berada di sebuah pusat karaoke bersama pelakon Afifah Nasir.

Kejadian itu berlaku ketika Bella masih dalam pantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml