https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Masih bersama lagi, Syed Abdullah muat naik foto di pelamin bersama Emma Maembong

loading...
Setelah beberapa kontroversi melanda Emma Maembong dan Syed Abdullah, bermula dengan beberapa keping foto panas mereka tular di media sosial dan Emma Maembong mengambil keputusan untuk menanggalkan hijab, pasangan ini sering menjadi kecaman ramai.

Kontroversi mereka tidak terhenti di situ, apabila telah timbul desas-desus yang mengatakan bahawa mereka tidak bersama lagi, apabila masing-masing dilihat sudah memadamkan foto bersama dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram.
Namun semalam, menerusi laman Instagram Syed Abdullah telah memuat naik foto menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan bersama Emma Maembong.

Mengenakan baju berwarna sedondon dengan Emma Maembong, nyata kemunculan foto ini telah menghentikan spekulasi ramai bahawa mereka berdua tidak lagi bersama.

Selepas foto tersebut dimuat naik, rata-ratanya ramai yang tidak menyangka pasangan ini masih bersama lagi.

Namun netizen sempat menitipkan pesanan supaya Syed Abdullah segera menghalalkan hubungan dengan Emma Maembong.


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml