https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Pernah Menangis Berdua, Ini Luahan Zaskia Selepas 8 Tahun Bersama Buat Netizen Sebak

loading...
Siapa tidak kenal penyanyi dari Indonesia Irwansyah yang pernah terkenal dengan lagu ‘Pencinta Wanita’. Sejak berumah tangga dengan pelakon Zaskia Sungkar, pasangan ini semakin mendapat perhatian ramai. Memang sama padan, sama cantik. Tidak hairanlah apa dilakukan oleh mereka menjadi bualan netizen.

Luahan Zaskia tahun lalu buat netizen sebak. Semua sedia maklum perkahwinan mereka sudah masuk tahun 8, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Makin mengenal Allah


Hampir 8 tahun foto keluarga berdua terus .. gak bosen. Gak sama sekali alhamdulillah, makin mengenal Allah makin bersyukur dan ikhlas apapun yang Allah takdirkan, kebahagiaan bukan berarti selalu memiliki apa yang kita inginkan .. kita akan terus merasa kurang ketika kita tidak memiliki rasa syukur ? dan sebaliknya.. kita akan terus Bahagia ketika hati kita lapang , tenang dan ikhlas dengan apapun yang Allah takdirkan …

Pernah menangis berdua


Alhamdulillah kita punya pemikiran yang sejalan? “kenapa hanya karena satu keinginan yg belum dikabulkan kita melupakan berjuta nikmat yang Allah berikan , bahkan beberapa kali kita nangis berdua karna bingung ?bukan karna nangis minta anak .. tapi nangis kenapa Allah baik banget sama kita. Dosa kita banyak .. tapi kenapa dari sekian banyak orang baik dan kita yang pendosa .. Allah lembutkan hati kita dengan hidayah NYA , nikmat yang sesungguhnya adalah ketika bisa bersama bersujud , berdoa dan menangis meminta agar Allah tetapkan nikmat Iman dan tidak pergi ..? “ hidup akan terasa sangat indah dan ringan ketika kita mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri.. #Allahuakbar

Hingga syurga


Seindah dia kau titipkan


Bahagia bersama





Isteri kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah, Zaskia Sungkar mengakui tidak menghalang untuk suaminya berpoligami.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Zaskia mengakui tidak bersedia untuk berpoligami namun memilih tidak menghalang Irwansyah untuk berkahwin lagi.

“Sejujurnya saya tidak boleh menghalang dan saya juga rasanya belum bersedia untuk berpoligami.

“Tapi jika ini berlaku saya tidak akan menentang. Kalau mahu berkahwin satu lagi silakan.

“Sebagai seorang isteri, siapalah saya untuk menentang hukum yang sudah ditentukan namun saya juga akan cuba berbincang dahulu sebelum suami berpoligami,” ujarnya menerusi sebuah video di YouTube, The Sungkars Family.

Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi, belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Terkini pasangan bahagia ini berkongsi foto bersama Adam dan hawa menerusi akaun instagram zaskiasungkar15. Apapun semoga pasangan ini bahagian dan dimurahkan rezeki.


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml