https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

“Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi Beri Masa Untuk Hadam Apa Dia Dah Buat” – Sheila Rusly

loading...
Penerbit dan pengarah, Sheila Rusly menerima permohonan maaf dibuat Janna kepadanya dan keluarga. Foto Instagram @jannanick

PENERBIT dan pengarah drama Sheila Rusly menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh aktres Janna Nick terhadapnya dan keluarga berhubung perselisihan faham di antara mereka.

Sheila berkata, dia bersyukur Janna menyedari kesilapan yang telah dilakukan namun dia meminta diberi ruang untuk menerima apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia.

“Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Selasa, Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila serta keluarganya jika dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Jujur… Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi

Janna juga memberitahu sebelum ini dia juga pernah memohon maaf secara peribadi kepada Sheila menerusi mesej namun tidak mendapat respons daripadanya.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Isu melibatkan mereka terus hebat diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada mengatakan hubungan dingin itu untuk menaikkan rating drama terbaharu terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna tiada langsung kaitan dengan drama terbaharu itu yang menampilkan Janna sebagai watak utama.

Sebaliknya kata Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.

“Jujur… Apa yang terjadi ini tidak ada kena mengena dengan Leftenan Zana. Hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi,” katanya

“SAYA sudah pernah minta maaf secara peribadi dengan pihak berkenaan sebelum ini tetapi andai itu tidak mencukupi, sekarang saya mohon maaf secara terbuka pula,” kata pelakon dan pengacara Janna Nick.

Janna, 24, ketika ditemui berkata sekiranya tuntutan maaf secara terbuka itu masih tidak mencukupi, jalan terakhir baginya adalah memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Saya cuma inginkan hubungan yang keruh ini kembali jernih semula. Kalau tidak boleh rapat seperti dulu, asalkan tidak ada dendam,” katanya.

Menurut Janna, permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly dilakukan seandainya ada kesilapan yang datang daripada pihaknya yang mengguris perasaan wanita itu.

“Saya seboleh mungkin enggan membuka mulut atau bercakap buruk di depan atau belakang dia (Sheila) yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior dalam industri.

“Saya sebolehnya tidak mahu memberi komen mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara kami. Sebagai anak didiknya, saya sedar banyak terhutang budi dan tak layak buka mulut,” katanya. Menurut Janna, apabila ramai yang mengaitkan ‘posting’ yang dimuat naik itu ditujukan kepadanya, dia (Janna) hanya boleh meminta maaf.



JANNA berharap hubungannya dengan Sheila kembali pulih. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman



Terdahulu, Janna hadir ke majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid petang tadi. Janna berpendapat segala permasalahan yang timbul sepatutnya dibawa berbincang seperti menyelesaikan masalah keluarga dan bukannya menggunakan media atau media sosial.

“Sedih juga bila isu ini terjadi dan saya rasa tak sesuai dikongsi dengan orang ramai sebab kami terlalu rapat.

“Saya rasa orang pun tahu kami rapat macam sebuah keluarga,” katanya.

Ditanya tidakkah dia pernah cuba bersemuka dengan Sheila, Janna menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Yelah, kita datang tak diundang, ibaratnya letak kaki kanan salah, letak kaki kiri pun salah,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Janna berkata permasalahan itu bermula ketika penggambaran drama Leftenan Zana.

“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah. Cerita yang sangat perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.

“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.

“Bila selesai penggambaran, apa saja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama ini,” katanya.

Menurut Janna lagi, dia berharap Sheila terbuka hati untuk memaafkannya dan hubungan mereka kembali pulih.

“Saya harap ini adalah kali terakhir saya bercakap mengenai isu ini dan sekiranya saya buat salah, saya minta maaf sekali lagi,” katanya.


Antara komen ntizen.

Siti Maizaidi -Bila mcm ni yg susah. Kalau ada rasa xpuas hati. Berdepan ckp depan2. Luah apa rasa yg xpuas hati sgt tu. Bila main perli2 belakang, mengelak dari terserempak. Buat lg org tu tertanya2. Aku ada buat salah ke?

Pernah rasa apa yg Janna Nick rasa. Mmg rasa terbuku je dlm dada. Lg2 kalau kena dgn org yg kita sgt rapat. Sentap ke lubuk hati ko tau..hmmmm.

Sha Aiesya – Aku masih tak paham, punca dia kenapa ?? Ada yang boleh tolong jelaskan tak hmm.

Wan Azhan – Aku pernah terhutang budi dengan seorang kawan yg tolong rekemenkan aku kerja dulu…tapi pelbagai masalah dia bagi dalam hidup aku…adakah kena terus ingat budinya sampai matii…?

Real Sheril – Teringat masa bufdey janna sheila ckp “u know how much i love u” 😊.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml