https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Usia 55 tahun, Ebby Yus masih terima lamaran wanita ajaknya berkahwin

loading...
Perkahwinan merupakan suatu ikatan seorang lelaki dan perempuan yang paling mulia di sisi Allah SWT. Namun, ketentuan perkahwinan melalui jodoh telah ditentukan-Nya sedari dari kecil. Andai tidak berjodohan itulah ketentuannya.

Walaupun menjengah usia 55 tahun, pelakon dan pelawak popular Ebby Yus masih tidak bertemu jodoh pilihan hatinya. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa kesepian di hati pelawak ini.

Menurut Ebby Yus yang kini mengalami masalah buah pinggang dan masalah jantung, masih ada wanita sudi melamarnya dan mengajaknya untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, baginya perkahwinan melibatkan soal hati.

    “Walaupun dalam keadaan kesihatan kurang baik ketika ini, masih ada wanita sudi mengajak saya berkahwin dengannya. Namun, soal perkahwinan tetap membabitkan dua hati dan untuk keadaan sekarang, saya sudah pasrah.”

Namun apabila ditanya, adakah kerana kekecewaan pada percintaan sebelum ini menyebabkan Ebby Yus hidup membujang. Namun pelawak itu menafikannya.

    “Saya pernah mencubanya ketika usia masih muda dulu. Namun, siapalah kita. Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang, kerana selebihnya tetap berbalik pada izin Allah SWT.” katanya.

Abby Yus berkata, dia tidak memandang rupa paras untuk dijadikan isteri, namun ia berkaitan soal hati dan perasaannya.

    “Masih membujang pada usia adalah takdir saya. Tidak berkahwin bukanlah satu masalah, cuma dalam keadaan sekarang apabila berhadapan masalah kesihatan ia sedikit-sebanyak memberi kesukaran kepada saya,” katanya.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml