https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

AMARAN Aliff Aziz Kepada Individu Yang Mendakwa Dia & Oktavia Jalan2 Pegang Tangan Di..

loading...
 PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz yang terkait dengan kontroversi rumah tangga meminta seorang individu berhenti menyebarkan fitnah yang kononnya melihat dia dan pelakon Oktovia Manrose jalan berpegangan tangan di sebuah pasar raya baru-baru ini.



Aliff berkata, dia kecewa dengan fitnah tidak berasas dan hanya mengeruhkan keadaan berdasarkan cerita yang tidak benar.

“Kepada individu yang mengeluarkan fitnah dimana mendakwa nampak saya dan Oktovia di sebuah pasa raya, sila hentikan sebaran fitnah awak.

“Saya berada di Singapura sejak dua hari lalu untuk bertemu keluarga,” ujarnya menerusi Instagram.


Aliff minta individu henti sebar fitnah.

Pada 27 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan isteri aktor itu, Bella Astillah yang mendakwa suaminya berlaku curang dengan seorang pelakon baharu iaitu Oktovia Manrose.

Bagaimanapun, Oktovia sudah mengakui kesilapan itu dan meminta maaf atas perkara yang menyebabkan hubungan rumah tangga pasangan tersebut goyah.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia lebih kecewa individu yang menyebarkan fitnah itu merupakan seorang wanita berhijab.

Malah, individu itu tidak mempunyai sebarang bukti kukuh atas dakwaan yang disebarkan.

“Sebelum mana-mana pihak ambil tindakan atas penyebaran fitnah tidak berasas ini, tolong hentikan. Saya dapat tahu individu itu berhijab.

“Bila ditanya ada gambar atau tidak (sebagai bukti), cakap takda tak sempat nak ambil dan sebagainya. Tolong hantikan fitnah ini,” tegasnya.

Allahu!FITNAH lebih dahsyat daripada membunuh. Mangsa fitnah akan menderita sepanjang zaman. Sekiranya mang­sa itu dibunuh, bermakna dia hanya menderita sekejap sahaja. Mereka yang terkena fitnah hidupnya pula bukan sahaja sengsara, tetapi dianggap oleh khalayak sebagai manusia jahat dan mesti dipulaukan oleh masyarakat. Oleh itu, dosa pembuat fitnah telah dikategorikan sebagai dosa paling besar di sisi Allah.

Bagaimana kejadian fitnah itu boleh terjadi dengan mudah sekali, khususnya dalam kehidupan dunia mutakhir ini?

Bagaimana rupa bentuk fitnah akhir zaman, adakah gosip-gosip liar juga dikatakan sebagai fitnah? Gosip yang dibuat-buat oleh pihak tertentu, sehingga menjadi panas dan ditularkan ke seluruh media termasuk media cetak.

Kejadian fitnah ini berlaku secara berleluasa dalam dunia mutakhir ini apabila munculnya media bebas tanpa sempadan. Dunia yang komunitinya adalah netizen. Mereka yang sentiasa bermain di alam maya, sangat terdedah kepada perbuatan fitnah dan memfitnah antara satu sama lain.

Fitnah akhir zaman perlu difikirkan bersama. Tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Kemunculan pelbagai fitnah melalui media sosial tanpa sempadan ini sangat me­ngancam keselamatan negara. Malah, dari segi pendidikan, guru-guru di sekolah bermula dari sekolah kebangsaan hingga ke peringkat lebih tinggi hendaklah cakna dengan perkembangan terkini.

Namun,Selepas Hampir Seminggu Berdiam Diri, Bella Akhirnya Memuat Naik Ini Video Di Instagramnya

Kata Bella, dia mengakui terasa pedih dan terluka namun semua manusia melakukan kesilapan.

“Sebagai manusia, hanya maaf yang perlu diungkap daripada terus menegakkan benang yang basah sedangkan kesalahan itu jelas dilakukan.

“Yang membuatkan kecewa dan marah sebab saya saja yang tahu kebenaran. Ramai yang meminta saya untuk ‘post’ video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk ‘post’ tanpa bukti.

“Tapi, selepas saya fikir, adalah lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terbabit saja. Maaf yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini,” katanya.

Isteri kepada pelakon dan penyanyi yang dilanda kontroversi, Aliff Aziz, akhirnya memuat naik sebuah video di Instagramnya selepas hampir seminggu berdiam diri.

Video Bella bersama anak kesayangannya Mohamad Ayden Adrean itu yang berdurasi 30 saat menggambarkan kegembiraan seorang ibu bersama anaknya.

Walaupun hanya 30 saat, ketika artikel ini ditulis, video itu sudah ditonton lebih 270,000 tontonan, hampir 70 ribu likes dan hampir seribu komen dari netizen.

“He is truly heaven-sent,” ringkas saja yang ditulis oleh Bella pada entri video tersebut.

Pada entri tersebut juga masih ramai lagi netizen yang membincangkan kisah kontroversi antara Bella dan suaminya Aliff.

Namun tidak kurang juga yang mendoakan semoga Bella dapat mencari kebahagiaan bersama anaknya itu.


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml