https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Anwar Isytihar Hartanya Kepada SPRM Sebanyak RM10.74 Juta. Tun M Juga Dedah Ini Nilai Aset Yang Dia Miliki !!

loading...
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hartanya bernilai RM10.74 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Shukri Saad, jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden PKR di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Kediaman itu pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005, kata kenyataan itu.

Turut diisytiharkan adalah sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000 dan tanah itu kini dianggarkan bernilai RM420,000.

Kata kenyataan itu, harta selebihnya adalah daripada akaun pelaburan dan wang simpanan berjumlah RM828,658.83.

“ Dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bernilai RM10,748,658.83,” katanya.

Kenyataan itu menarik perhatian bahawa Anwar sudah menghantar perisytiharan harta kepada SPRM sebagaimana diminta kerajaan bagi semua anggota kabinet dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Tun Mahathir sebelum ini turut isytihar harta

Sementara itu pada 2018, beberapa pemimpin politik tanahair turut mengisytiharkan harta masing-masing. Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mencatatkan jumlah pengisytiharan aset tertinggi bernilai RM75 juta.

Ia berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan portal itu, Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak itu mengisytiharkan keseluruhan aset milik dirinya serta ahli keluarga terdekat termasuk isteri dan anaknya.

Ia diikuti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memiliki aset bernilai RM32 juta, manakala Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya turut mengisytiharkan aset sebanyak RM23 juta.

Selain itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah turut mengisytiharkan aset bernilai RM15.3 juta, bersama isteri dan anaknya.

Sebelum ini, senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal SPRM pada 1 Oktober lalu ditunda ke 15 Oktober.

Ia berikutan semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml