https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Bacaan Suhu Panas Semakin Meningkat Bukti Tanda Kiamat Semakin Hampir. Allahu

loading...
Suhu lautan sedunia semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas, sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan mengancam pelbagai hidupan marin serta bekalan makanan utama bagi planet Bumi.

Kira-kira 93 peratus haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling Bumi akibat kesan gas rumah hijau, kini terkumpul di lautan-lautan sedunia. – Reuters

Agensi berita AFP melaporkan perkembangan itu berdasarkan dapatan kajian pasukan penyelidik pada Khamis, yang turut tersiar dalam jurnal Science.

Kajian diketuai Akademi Sains China itu menafikan hasil kajian sebelumnya yang menyatakan bahawa aktiviti pemanasan global terhenti sementara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Teknologi terkini membuktikan perkara itu tidak pernah terjadi, sekali gus membawa kebimbangan tentang betapa cepatnya perubahan iklim dan impaknya terhadap penampan Bumi, iaitu lautan.

Bacaan Suhu Panas Semakin Meningkat Bukti Tanda Kiamat Semakin Hampir. Allahu

“Pemanasan laut adalah petunjuk penting mengenai perubahan iklim, dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa ia ber;laku lebih pantas daripada yang kita jangkakan,” ujar penyelidik bersama, Zeke Hausfather, di University of California, Berkeley.

Kira-kira 93 peratus haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling Bumi akibat kesan gas rumah hijau, kini terkumpul di lautan-lautan sedunia.

Laporan terkini itu merujuk kepada empat kajian, yang diterbitkan antara tahun 2014 dan 2017. Ia memberi jangkaan yang lebih tepat mengenai bacaan suhu laut sebelum ini, hingga membolehkan saintis mengemas kini kajian dan meramal masa depan.

Analisis terbaharu menunjukkan bacaan pemanasan lautan adalah selari dengan peningkatan suhu udara.

Jika tiada usaha dilakukan untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau, unjuran kajian meramalkan suhu di lapisan permukaan 2,000 meter di semua laut di dunia ini bakal meningkat sehingga 0.78 darjah Celsius menjelang penghujung abad.

Bacaan Suhu Panas Semakin Meningkat Bukti Tanda Kiamat Semakin Hampir. Allahu

Lonjakan bacaan termal ini menjadi punca pengembangan air laut hingga boleh meningkatkan paras laut sehingga 30 sentimeter, iaitu melebihi bacaan peningkatan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di kutub.

Sumber: Astro Awani
Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka
LONDON: Para saintis menyuarakan kebimbangan tentang keadaan lapisan ais di Greenland yang mencair lebih pantas daripada daripada yang dijangkakan sebelum ini, lapor Reuters.

Dalam laporan yang turut disiarkan dalam jurnal Nature, kajian mendapati peningkatan paras laut kini semakin mengancam bandar-bandar di tanah rendah, pulau dan juga industri di seluruh dunia.

Data ramalan tentang bila ia berlaku dan berapa tinggi paras kenaikan bagaimanapun masih berbeza-beza, sebahagiannya kerana para saintis masih belum jelas tentang kadar pemanasan laut dengan pencairan ais di kutub.

Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), pencairan ais di Greenland, yang juga kawasan ais kedua terbesar selepas Antartika, dijangka meningkatkan paras air dunia sehingga 0.8 millimeter.

Bacaan Suhu Panas Semakin Meningkat Bukti Tanda Kiamat Semakin Hampir. Allahu

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan saintis dari Amerika Syarikat, Belgium dan Netherlands itu menganalisa lapisan cecair dalam teras ais di barat Greenland, untuk membangunkan rekod catatan selama 350 tahun.

Pasukan saintis itu mendapati, kadar pencairan ais Greenland begitu ketara sepanjang 350 tahun yang lalu dan peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.

Bacaan Suhu Panas Semakin Meningkat Bukti Tanda Kiamat Semakin Hampir. Allahu

Kajian itu menunjukkan, walaupun insiden pemanasan yang tidak terlalu serius pada masa lalu hanya memberi sedikit atau tiada langsung kesan terhadap aktiviti pencairan ais, namun kejadian yang sama di kawasan beriklim lebih panas, mampu menyebabkan impak pencairan lebih ketara.

“Pada masa akan datang, bagi setiap darjah pemanasan, kita akan kehilangan lebih banyak ais.

Ia terjadi sehingga dua kali ganda atau lebih, dan lebih tinggi risikonya berbanding impak akibat darjah pemanasan yang sama sebelum ini,” menurut kajian itu.

Sumber: Astro Awani
Munculnya Dajjal
Keadaan kemarau ini mengingatkan kita tentang peristiwa Dajjal yang akan muncul di akhir zaman.

Kita sebagai umat Islam telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman tentang munculnya Dajjal dalam tempoh kemarau yang teruk. Dajjal menggunakan keadaan kemarau ini untuk menyesatkan manusia.

Berdasarkan sebuah hadis yang suatu hari pada musim kemarau, Dajjal akan bertanya, “Apakah kamu menginginkan api atau air?”

Jika menjawab air, itu bermakna api yang diberikannya, Jika jawapannya api, ia akan memberi air. Kamu akan diberikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah Tuhan dan bila kamu murtad dari agama Allah.

Apabila kamu lebih memilih api tetapi tetap berada di jalan Allah, maka kamu akan dibunuhnya.

Dajjal membawa api dan air; Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar.

Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar.

Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman.”

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka; Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya.

Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.

Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.”

Dajjal membawa sungai air dan sungai api; Dari Abu Hudzaifah berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir.

Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak.

Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu karena itu adalah air sungai yang sejuk.

Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak.

Dajjal merupakan cubaan paling besar yang menimpa manusia di dunia. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Wahai manusia sesungguh tidak ada makhluk di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat yang fitnah lebih besar daripada Dajjal.”

Dalam sebuah hadits sahih disebutkan,

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cobaannya) lebih besar dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 2946)

An Nawawi rahimahullah menerangkan, “Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.”
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml