https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Inilah 10 Selebriti Popular Berhati Mulia Yang Mengambil Anak Angkat.

loading...
 Boleh dikatakan ramai juga selebriti popular Malaysia yang mengambil anak anagkat. Tindakan mereka harus dipuji kerana bukan mudah untuk menjaga anak angkat lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang.

Apa yang pasti, ia patut dijadikan contoh kerana mereka sanggup membela nasib kanak-kanak yang mungkin ketiadaan ibu bapa. Kami senaraikan 10 selebriti popular Malaysia yang mengambil anak angkat.

1. Stacy
 2. Umie Aida



   3. Misha Omar



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini juga turut mengambil seorang anak angkat lelaki pada tahun 2007 iaitu Mohd Adam Emir. Pada awalnya, Misha tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya sehingga tahun 2009. Kemudian, Misha mengambil seorang lagi anak angkat perempuan, Humaira Lateefa. Kini, Misha turut mempunyai seorang anak kandung lelaki, Muhammad Idris Ezzwa.

4. Almy Nadia



Pada tahun 2010, Almy Nadia mengambil anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 8 tahun. Alamy kini mempunyai dua orang anak kandung bersama suaminya Fizz Fairuz.

5. Erma Fatima

 Sepanjang 27 tahun perkahwinan bersama bekas suaminya Bade Azmi, Erma memiliki 5 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

6. Jue Aziz


 Pada tahun 2013, khabar angin mendakwa Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, pelakon itu sibuk menjaga anak angkatnya. Anak angkatnya kini berusia 5 tahun.

7. Fynn Jamal



Umum mengetahui Fynn mempunyai masalah untuk hamil dan pernah juga mengambil seorang anak angkat lelaki, Bakti Arjuna Fitri yang kini sudah menjangkau usia 5 tahun. Baru-baru ini juga, Fynn Jamal baru saja mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

8. Zizie Ezette

 Pada tahun 2015, Zizie Ezette membuat keputusan untuk mengambil anak angkat yang diberi gelaran Baby J. Sedang hamil anak kembar pada tahun lalu, rupanya Zizie mengasuh seorang lagi anak angkat, Aaric Zayn Izette yang kini berusia tujuh bulan setengah.

9. Datuk Aliff Syukri


Tahun lalu, usahawan kosmetik popular Aliff Syukri mengambil dua orang anak angkat yang diberi nama Ameena dan Qayyum. Isterinya, Datin Shahida juga kini sedang hamil anak ke-4.

10. Hael Husaini




Pada Mei tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi ini mengambil anak angkat seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Halena. Menurut Hael, anak angkatnya itu merupakan rezeki yang sangat berharga buat dirinya.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml