https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

“Jangan Menyesal Tengok Bella Dengan Orang Lebih Baik Dari Kau”..

loading...
 Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial berita mengenai isu panas Aliff Aziz keluar ke kelab malam bersama pelakon baru Oktovia Manrose. Bagaimanapun, Oktovia sudah pun tampil membuat permohonan maaf dan semalam Aliff Aziz memohon maaf serta mengakui kesilapannya.

Kisah pergolakan rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian ramai dan turut memberikan kesan kepada seorang netizen ini yang berkongsikan kisahnya serta memberikan nasihat buat Aliff.

Menurut lelaki ini, dia kehilangan isterinya 2 tahun lalu dan meninggalkan seorang zuriat mereka. Menerusi perkongsiannya itu, lelaki itu memberitahu dia berasa kesal tidak banyak menghabiskan masa dengan isterinya kerana terlalu sibuk dengan kerja.

 Katanya lagi, jika dapat diputarkan masa kembali, dia tidak akan pulang lewat ke rumah dan setiap kali waktu cuti dia akan luangkan masa bersama anak serta isteri.

Lelaki itu turut mengingatkan bahawa setiap saat itu sangat berharga kerana kita tidak tahu bila orang yang kita sayang itu akan pergi dari hidup kita. Katanya lagi, mungkin Aliff tidak memahami lagi erti kehilangan, tetapi apabila suatu hari nanti dia hilang semuanya, hidupnya pasti akan sepi.

Lelaki itu turut berpesan kepada Aliff agar tidak lagi menyakiti hati isterinya yang sebelum ini penah terluka dengan kecurangannya terdahulu. Kata lelaki itu lagi, jika sudah tiada lagi rasa cinta lepaskan Bella dengan baik kerana masih ramai yang lebih baik diluar sana untuknya.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml