https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Kerana inginkan perhatian, wanita ini makan sabun mandi !!

loading...
 SABUN biasanya digunakan sebagai ejen pencuci tidak kira sama ada sabun mandi atau sabun pakaian. Tetapi siapa sangka wanita ini menjadikan sabun sebagai makanan.

Wanita yang dikenali sebagai Khosik Assyifa dan berasal dari Indonesia itu membuat review di Instagram dengan mencuba beberapa jenis sabun.

Jika anda menonton video yang dikongsikan, wanita itu seolah-olah makan sabun tersebut seperti menikmati ais krim.

Menerusi salah satu video yang dikongsikan, wanita itu memberitahu ada netizen memintanya untuk makan sabun Lifebouy, malah wanita itu mengatakan rasanya sangat sedap.

Mengidam makan sabun masa mengandung

Hobi pelik wanita itu mendapat perhatian ramai termasuk netizen dari Malaysia. Malah ada yang mengatakan makan sabun bukanlah perkara baru. Ada yang berkongsikan kisah mereka yang pernah mencuba makan sabun ketika mengandung kerana mengidam.

Sekarang macam-macam perkara orang sanggup buat untuk meraih perhatian. Apa pun tolong jangan mencuba aksi ini di rumah, tak pasal-pasal ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml