https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Kronologi Penuh Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Yang Dikatakan Hilang, Rupanya Dah Me-ning-gal Dunia Dan Ditinggalkan Dalam Hutan..

loading...
 Minggu lepas, sepasang suami isteri diburu pihak polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang. Kejadian yang agak mengelirukan itu menimbulkan pelbagai reaksi orang awam yang rata-ratanya simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Terbaru, menerusi Harian Metro, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia. Paling menyedihkan apabila mangsa ditinggalkan di dalam hutan.




















Semalam, pasangan itu telah ditahan di Ampang, Selangor pada 4 jam petang. Suspek yang berusia 37 dan 40 tahun. Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan membawa mereka pulang ke Langkawi hari ini bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak berada bersama mereka dan kami masih menyiasat mengikut kes berkenaan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak.

Terdahulu, satu laporan telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Meninggalkan kanak-kanak itu dihutan













Namun, apa yang menyedihkan hari ini pihak polis mengesahkan kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia selepas pihaknya menahan seorang lelaki. Suspek yang dipercayai menjaga mangsa itu telah ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

Lari ke Lembah Klang bersama keluarga

Menurut sumber, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya. Rahsia ini terbongkar selepas dia disoal siasat oleh pihak polis.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya. Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml