https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Rakam Ketika Hadir Majlis Persandingan Bekas Kekasih, Aksi Pemuda Ini Dikecam Ramai..

loading...
Bekas teman lelaki hadir ke majlis perkahwinan, memeluk erat wanita yang pernah disayangi diatas pelamin sambil diperhatikan oleh suami bukanlah satu senario yang biasa kita lihat.

Memang benar jodoh itu ditangan tuhan, biar bercinta selama manapun jika sudah bukan ketentuan terpisah jua akhirnya. Cewahhh, macam lirik lagu pulak.

Apa perasaan anda apabila sekian lama menyemai kasih, menabur cinta dan menyulam rindu tiba-tiba kekasih hati jadi milik orang lain?

Sudah tentu perasaan tersebut sukar digambarkan. Patah hati, sedih, merana jiwa, semuanya pasti bercampur baur.

Namun begitu apa yang dikongsikan oleh pemilik akaun media sosial ini sebaliknya.

 Perkongsian beliau menerusi video yang dirakam menerusi aplikasi tiktok ini memerlukan masa yang amat singkat untuk menjadi tu|ar dan mendapat repond netizen.

Apa tidaknya, video yang memaparkan adegan beliau menaiki pentas lantas memeluk pengantin perempuan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menonton. Itu pun gara-gara caption pada video tersebut yang ditulis pemilik akaun @_elhamamin bila datang kerja kahwin ex… Ada beran ke?

Berlatar belakangkan lagu Dimatamu, video yang dirakam jelas membuai perasaan penonton apabila mood kecewa si penyanyi Suffian Suhaimi semasa mendendangkan lagu ini akibat ditinggalkan Elfira Loy masih dalam ingatan para netizen.

Reaksi terperanjat jelas kelihatan pada wajah pengantin perempuan sehinggakan beliau terpaksa menutup mulutnya menggunakan tangan akibat tidak percaya akan kehadiran orang yang tidak dijangkanya dihadapan mata.

Cuba bertindak tenang, lelaki tersebut lantas memeluk pengantin perempuan yang berada diatas pelamin dan pelukannya itu disambut mesra sambil kedengaran jeritan para tetamu yang ternyata tergumam melihat perlakuan tersebut.

Tidak berakhir disitu, si bekas kekasih lantas beralih arah ke pengantin lelaki dan memberi pelukan sebagai tanda simbolik ucapan tahniah.

Video yang dikongsikan itu mendapat reaksi yang pelbagai dari penonton. Pelbagai telahan dibuat dan tidak terkecuali ada yang meng€cam tindakan lelaki tersebut yang dikatakan tidak menghiraukan tatasusila sebagai orang |slam.

Segelintir penonton juga menyatakan bahawa pengantin lelaki tersebut dayus jika benar lelaki yang memberi pelukan kepada isterinya itu benar-benar bekas kekasihnya.





Tidak mahu menjatuhkan hukuman kepada si pemilik video tersebut secara membuta tuli, admin serahkan kepada para penonton untuk membuat kesimpulan. Adakah wajar tindakan seperti ini dilakukan dalam kalangan masyarakat kita?
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml