https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

TAHNIAH !! Zizie Izette Selamat Timang Anak Perempuan..

loading...




KUALA LUMPUR: Pelakon, Zizie Ezette, 40, selamat melahirkan anak perempuan pada jam 12.06 tengah hari tadi, di sini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, kira-kira sejam lalu, isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, itu tidak menyangka proses kelahiran kali ini tidak sesukar pengalaman pertama.

"Anak perempuan saya akhirnya dilahirkan hari ini, Jumaat, pada jam 12.06 tengah hari.






"Dia bayi yang sihat dan dilahirkan dengan berat 3.32 kilogram. Syukur, pengalaman kelahiran kali ini lebih mudah berbanding yang pertama. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua atas doa kalian," katanya.

Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak anggun dengan cahaya mata di pangkuannya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar, 59, pada 2009 dan mereka dikurniakan sepasang kembar lelaki, Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pada Disember 2017.

Pasangan berkenaan juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, 4 tahun.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml