https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

[VIDEO] Terlalu Rindukan Ibu, Pemuda Gali Semula Kubur Dan Bawa Pulang Jenazah

loading...
Kehilangan orang tersayang bukanlah satu perkara yang mudah diterima oleh segelintir orang.



Ada yang boleh redha tapi ada juga yang sentiasa hidup dalam kesedihan.
Satu kejadian di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur  di mana seorang pemuda sanggup menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah wanita itu yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu kerana terlalu rindukan ibunya.
Menurut laporan Kompas, kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila pemuda terbabit yang bernama Nasir mengusung jenazah ibunya, Sumarto di dalam guni dan dibawa pulang ke rumahnya selama dua hari.
Kejadian itu pada mulanya tidak diketahui penduduk sebelum satu rakaman videonya yang cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu menjadi tular.
Nasir membawa semula jenazah ke kubur selepas dipujuk kakaknya, Sul.
.Penduduk, Amin berkata, mereka tidak menyedari kejadian itu memandangkan lokasi kubur yang terletak jauh di dalam hutan.

Menurutnya, anak ketiga daripada empat beradik itu memberi alasan tindakan terbabit dilakukan kerana terlalu rindukan kehadiran ibunya.
“Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan kawasan terbabit jarang dilalui penduduk.
loading...


“Kemudian dia memasukkan jenazah ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah namun kakaknya, Sul mendapat tahu perkara itu dan memujuknya mengebumikan semula jenazah,” katanya.
Akhirnya jenazah ibu Nasir selamat dikebumikan semula dan Nasir telah ditenteramkan oleh adik-beradiknya uang lain.

loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml