https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Viral Video Menyayat Hati, Mak Hanya Mampu Tengok Petugas KKM Bawa Anak 4 Tahun Positif Covid-19 Dari Tingkap Rumah ... Sedihnya

loading...

Baru-baru ni, tular satu video menunjukkan seorang ibu yang hanya mampu lihat petugas KKM bawa anaknya yang baru berusia 4 tahun masuk ke dalam ambulans dari tingkap rumah.

Dalam video yang berdurasi 2 minit ni, korang boleh tengok seorang budak dipimpin oleh seorang lelaki untuk masuk ke dalam ambulans sambil ibunya yang merakam video melambai dari tingkap dan kedengaran suara tangisan ibu ini bila ambulans tersebut bergerak pergi.

Kebanyakan page yang tularkan video ini semua memberikan kapsyen yang lebih kurang sama, iaitu:
loading...
“Ya Allah sedih sebaknya tengok. Umur baru 4 tahun positif Covid-19. Tapi ibu bapanya negatif dan cuma dapat tengok anak dibawa oleh petugas KKM dari jauh.”



Netizen yang menonton video ini turut bersedih, apatah lagi bila dengar suara ibu dalam video ni menangis teresak-esak.

Pun begitu, beberapa netizen telah menjelaskan sebenarnya lelaki yang pegang anak tersebut adalah bapa budak tersebut. Dua-dua mereka positif tapi ibu dan anak seorang lagi negatif.

Apa-apa pun, video ni memang sedih sangat dan admin doakan ayah dan anak ini cepat sembuh dan dapat bersama semula dengan keluarga.


loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml