https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Budak perempuan 11 tahun ini miliki 2.4 juta 'follower' Instagram, selepas disangka Jennie Blackpink

loading...
Memiliki rupa paras seperti penyanyi kumpulan K-pop terkenal, Jennie Blackpink telah menjadikan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ini popular di media sosial.

Hasil perkahwinan campur Amerika Syarikat dan Korea, telah membuatkan Ella Gross dikenali sebagai wajah pan Asia dan mempunyai rupa paras yang unik serta menawan.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial telah memuat naik foto Instafamous yang baru sahaja berusia 11 tahun ini di laman Twitter, dengan kapsyen, “Semoga future daughter I cantik macam Ella walaupun I tak cantik.”

Posting tersebut telah menerima 15 ribu ulang kicau (retweet)

Ella Gross telah menarik perhatian ramai peminat K-pop apabila wajahnya seiras dengan bintang Korea popular Jennie, Blackpink.

Rata-ratanya ramai yang mengakui kecantikan wajah Ella, maka tidak hairanlah jika pihak YG Entertaiment melamar gadis cilik ini untuk menyertai produksi mereka sebagai model dan pelakon.

Dilahirkan pada 1 Disember 2008, Ella sememangnya mempunyai bakat besar dalam bidang modeling dan lakonan.










Berwajah kacukan Amerika dan Korea, telah menyebabkan rupa paras Ella sering mendapat pujian ramai. Disebabkan ramai yang menyatakan wajah Ella seiras Jennie Blackpink, ramai peminat kumpulan Korea tersebut telah mengikuti akaun Instagram Ella sehingga pengikutnya telah mencecah 2.4 juta.



Disebabkan rupa paras yang cantik, Ella telah menjadi model untuk penggambaran komersial sejak berusia 2 tahun. Sejak popular, Ella telah dilamar oleh butik pakaian terkenal seperti Gap dan Levis.
 





loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml