https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

"Pakai tudung seperti Yahudi." -Apa lagi yang tidak kena dengan fesyen Neelofa?

loading...
Selebriti popular Neelofa seakan tidak boleh lari dengan kritikan netizen terutama sekali bila beliau bergaya dengan fesyen yang agak unik.

Ternyata mata netizen memang tajam, akan ada sahaja isu timbul setiap kali pengacara dan ushawan terkenal itu tampil dengan fesyen terkini.

Melalui IG gosip popular Makcik Puaka, Neelofa yang kini berada Milan bagi menghadiri satu pertunjukan fesyen, sekali lagi menjadi bahan kecaman selepas gaya tudung yang dikenakan itu dikatakan menyerupai wanita yahudi.

Pemakaian tudung babushka ini adalah satu tradisi pemakaian wanita Rusia yang dahulunya dipakai oleh wanita yang sudah berusia apabila sudah berkahwin.

Perkataan babushka sebenarnya juga membawa maksud nenek atau wanita lanjut usia dalam bahasa Rusia, justeru gaya tudung yang dikenakan Lofa lebih kepada tradisi bukannya kepercayaan agama.
 Ada saja yang tidak kena, lepas isu tudung, skirt yang dipakai Lofa juga dikatakan agak singkat dan tidak sesuai dipakai oleh seorang yang bergelar muslimah.




 Seperti sudah kebal, isu kain singkat ini sudah banyak dibangkitkan namun dilihat Neelofa bagaimanapun tidak hirau dengan komen netizen.




loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml