https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Bukan lagi makhluk tuhan paling seksi, Mulan Jameela istiqamah bertudung labuh ,, ALHAMDULILLAH

loading...
Penyanyi dari seberang, Mulan Jameela yang pernah popular di Malaysia dengan lagu hitnya Makhluk Tuhan Paling Seksi, kini telah kembali kepada fitrah dengan mengkuti ajaran Islam sepenuhnya.

Berita penghijrahan isteri kepada Ahmad Dhani itu telah dikhabarkan kepada umum pada bulan Mei tahun lepas, namun penampilan terbarunya yang dilihat sentiasa mengenakan jubah longgar, bertudung labuh serta turut memakai sarung tangan (handsock) serta stoking telah menarik perhatian ramai.

Sebelum ini penyanyi itu hanya mengenakan tudung dengan menggayakannya setakat paras dada, serta masih memakai pakaian yang mengikut bentuk tubuh.

Namun melalui perkongsian terbaru di Instagram, beliau kini mengambil keputusan memakai pakaian yang patuh syariat.



Menerusi penampilan terbarunya, Mulan dilihat mula menutup aurat dengan lengkap memakai stoking dan handsocks.

Mengimbau kembali ketika beliau mula berhijrah ingin mengenakan tudung, Mulan pernah menerima kritikan apabila telah menanggalkan tudung menerusi satu muat naik foto di Instagramnya. Netizen menganggap penghijrahannya hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Namun setelah hampir setahun mengenakan hijab, Mulan Jameela dilihat semakin istiqamah memakai tudung serta sering berkongsi nasihat dan potongan tafsir al-Quran di laman Instagramnya.






Semestinya penghijrah Mulan Jameela telah mendapat respons positif daripada seluruh kenalan dan peminat penyanyi popular tersebut.
loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml