https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

"Penuh glamour!" -Usia masuk 35 tahun, ini sekitar majlis ulang tahun kelahiran Zain Saidin..

loading...
Pasangan selebriti popular yang sentiasa tampil bergaya dan penuh glamor, iaitu Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah mengadakan majlis ulang tahun kelahiran Zain Saidin yang ke-35 tahun semalam.

Majlis yang berlangsung di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai, apabila dekorasi dan susun atur yang mewah disifatkan sebagai majlis ulangtahun kelahiran paling glamour oleh peminat.

Pastinya penampilan Che Ta sewaktu majlis tersebut berlangsung, amat dinantikan oleh peminat. Isteri Zain Saidin itu, yang memakai busana berwarna kuning keemasan nyata menjadi tumpuan ramai.
Bertemakan warna hitam dan emas, tidak lengkap majlis tanpa kehadiran rakan artis dan kenalan kepada keluarga popular ini.

Busana dan penampilan para tetamu juga turut menjadi tumpuan peminat yang kagum melihat majlis sambutan hari lahir Zain Saidin yang cukup glamour.





 Kehadiran anak pertama pasangan itu, sememangnya menarik perhatian ramai. Aaisyah Dhia Rana yang bakal memasuki usia 5 tahun nyata sungguh comel dengan memakai busana berwarna putih.

Pasangan bahagia itu dilihat sedang memotong kek, sambil ditemani cahaya mata pertama mereka.





loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml