https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Genap setahun, Nora Danish botakkan kepala Neyney demi tiru macam Bossned..

loading...




Telatah dan kecomelan anak kepada pasangan selebriti terkenal, iaitu Nora Danish dan Bossned sememangnya sentiasa mencuri perhatian ramai.

Baru berusia setahun, anak pasangan ini yang diberi nama Mohammad Neyqal Nedim atau digelar Neyney sudah pandai menujukkan telatah manja dan comelnya.

Nora Danish pula, sering berkongsi foto dan video perkembangan anaknya itu kepada peminat menerusi Instagram.



Namun semalam, telatah comel Neyney telah mencuri perhatian peminat apabila Nora Danish telah berkongsikan foto penampilan terbaru anaknya itu yang kini telah memotong rambut sama seperti suaminya.

Kapsyen yang dimuat naik Nora di Instagram, nyata telah mencuit hati peminat apabila menyamakan potongan rambut botak anaknya dengan Bossned.

“Ada orang dah botakkkk!”



Selepas memuat naik foto terbaru anaknya, ramai peminat telah meninggalkan komen di Instagram Nora Danish, memuji penampilan anaknya yang seiras bapanya apabila botak.

Mereka juga turut memuji hubungan ayah dan anak antara Bossned dan Neyney yang begitu gembira dan bahagia.










loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml