https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

"Kenapa nak sembang masa zaman saya bersama Elit?" -Abby Abadi berang Caprice hentamnya di IG?

loading...




Semalam akaun Instagram Abby Abadi dihujani komen kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati terhadap teguran yang dilakukan oleh pelakon itu kepada kehadiran ahli kumpulan K-pop Blackpink yang memakai pakaian menjolok mata ketika konsert.

Teguran daripada bekas isteri Norman Hakim itu telah mendapat pelbagai respons daripada netizen. Ada yang bersetuju, mahupun menyelar nasihat yang diberikan pelakon tersebut.

Namun teguran yang diberikan oleh Abby Abadi telah mendapat perhatian seorang aktivis terkenal, Caprice yang popular dengan video ulasan isu semasa.

Caprice telah memuat naik video membidas kenyataan Abby Abadi dan menyatakan bahawa kehadiran Blackpink mengadakan konsert di Malaysia, adalah bersesuaian dengan imej dan genre yang dibawa kumpulan K-pop tersebut.

Muat naik video daripada Caprice telah mencuri perhatian Abby Abadi yang berpendapat bahawa aktivis tersebut telah salah tafsir tentang maksud sebenar apa yang ingin disampaikan olehnya.

Abby Abadi hanyalah mengulang tentang double standard garis panduan pemakaian yang berat sebelah, apabila Blackpink dibenarkan berpakaian menjolok mata, dan tidak seperti kebanyakan artis luar yang perlu mengikut syarat pemakaian.

Menurut Abby Abadi, dia berasa kecewa apabila aktivis tersebut dengan sewenangnya telah menghentamnya dan membuka kisah tentang zaman pelakon itu semasa bersama kumpulan Elit.

Terima Kasih untuk video ni.. rajin nau nk ulas semua isu ye.., tp Sy nak bgtau yg isu Sy yg awak ulas sampai buat video ni lari dari apa yg Sy cuba sampaikan bro…

Baca dulu caption Sy yg sebelum ni ye & fahamkan betul2. Yg Sy ‘highlight’kan tentang double standard, ketidaksamaan garis panduan utk mereka ni dgn artis luar negara lain yg dtg buat konsert ke Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu & begini.

Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan ISLAM. Tiba2 Blackpink buat konsert/atas stage mcm separuh bogel, buleh pulak.. Apa ke zaman Elite Sy juga yg awak sembangkan?

Selepas Abby Abadi memuat naik penjelasan tersebut, rata-ratanya ramai yang bersetuju dengan kenyataan pelakon Gerak Khas itu.

Malah, mereka juga turut mengecam tindakan Caprice yang tidak mendapatkan kesahihan daripada Abby Abadi sebelum membuat apa-apa ulasan.

loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml