https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml
loading...

Tak Sangka Artis Popular Pun Ada Yang Muflis, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis! No 7 Tu Macam Tak Percaya Je !!

loading...






Kecoh seketika apabila pelakon terkenal, Shaheizy Sam dikatakan telah diisytiharkan sebagai muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN) menerusi keratan akhbar baru-baru ini. Menurut Sam, beliau kini sedang menghubungi LHDN dan menunggu maklum balas dari mereka.

Selain Shaheizy Sam, 6 selebriti ini turut terpalit dengan kontroversi apabila pernah diisytiharkan muflis dan mempunyai isu dengan LHDN.

1. Nelydia Senrose




Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose pernah menggemparkan industri hiburan setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memerlukan dia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

2. Amy Search



Suatu ketika dahulu, Amy Search pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah diisytiharkan muflis. Gara gara ingin membantu rakan baiknya, Amy Search telah ditipu oleh individu tersebut sehingga menyebabkan beliau muflis.

3. Aweera



Diisytiharkan muflis ketika usianya 22 tahun, penyanyi Aweera mengaku muflis gara – gara membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi. Sehingga kini tiada berita mengenai penyanyi ini. Kemanakah Aweera menghilang?

4. Rita Rudaini



Pelakon yang pernah popular menerusi lakonannya dalam mami jarum, Rita Rudaini bukanlah diisytiharkan muflis. Namun beliau akui terlepas pandang akan cukai pendapatan yang perlu dibayar setelah terdapat beberapa laporan artis yang gagal membayar cukai pendapatan.



Penutupan Rumah Kueh
Terkini Rita dikatakan telah menutup perniagaan restorannya, Rumah Kuehkerana kurang sambutan.

5. Farah Diana



Farah AF2 atau kini dikenali sebagai Farah Diana pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau bersikap berdiam diri setelah namanya dikatakan muflis.

Malah penyanyi dan pengacara ini turut terpalit dengan beberapa kontroversi lain. Namun menurut Farah, segalanya telah selesai dan kini beliau aktif mengacara beberapa program berbentuk wawancara dan kerohanian

6. Ziela Jalil



Pelakon dan pengarah, Ziela Jalil pernah ‘mengamuk’ apabila beliau dikatakan memakai tudung yang berharga 3O ribu. Enggan menimbulkan masalah dengan LHDN, pengarah ini telah menjelaskan bahawa terdapat salah faham dengan salah satu akhbar tersebut.

7. Fizo Omar



Gara-gara namanya dikatakan disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman RM2 juta tanpa pengetahuannya, pelakon Fizo Omar diisytihar muflis. Fizo memaklumkan dia sudah memaafkan individu yang menyebabkan dia menanggung bebanan itu.

Bangkit Semula

Perkara itu menjadikan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 31, lebih bersyukur dan mampu bangkit semula sehingga berjaya memiliki beberapa syarikat.

loading...
loading...
https://propbigo.com/hwn/gjt340/tbt/1577089/tlm.xml